Tanggal 2 September 2025, pemangkuan ke Jawatan W6 atau Penolong Juruaudit Kanan bermula setelah 11 tahun menyandang Jawatan Penolong Juruaudit W5. Lagi 2 tahun nak KUP pun, tapi dapat rezeki macam ni bersyukur kepada Allah SWT seadanya.
Sedar tak sedar dh genap berkhidmat di LKIM selama 20 tahun, ada balance lagi 15 tahun sebelum berpencen wajib. Masa mencemburui kita,rasa sangat cepat masa berlalu. Rumahtangga pun dah cecah 15 tahun perkahwinan walaupun ada pasang surutnya namun masih bertahan hendaknya.
Masih menunggu jawapan untuk naik ke Gred Professional W9 atau E9 dengan harapan tinggi walaupun dapat info gred W9 sudah ada nama calon. Agak mendukacitakan juga kerana aku amat berharap mendapat jawatan tersebut sekian lama, namun perancangan Allah SWT lagi hebat. Diharap ada peningkatan kerjaya yang lebih baik agar semangat dan motivasi untuk berkhidmat makin meningkat. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment