Tanggal 5.5.2013 berlangsungnye Pilihanraya kali ke 13 di Malaysia. Aku pula mengundi di Parlimen Pengkalan Chepa , DUN Panchor. Sangat meriah suasana di Kelantan pada hari sebelum proses pengundian berlangsung. Suasana dah jadi macam Hari Raya. Lagi meriah kot.....orang berarak sana sini dengan kenderaan sambil membawa bendera parti masing2.
Jam 7.50 pagi 5.5.2013
Aku bertolak ke pusat mengundi di Sek.Keb.Kemumin.....suasana masih lengang di Pusat membuang undi.Orang ramai masih bersarapan di kedai2 kopi berhampiran. Pergi kat daftar undi pun baru ada 3 orang dok Q. Nasib baik gak datang awal,x payah beratur panjang2.Rasanya proses mengundi x sampai 10 minit jer. Tu pun sebab aku datang awal kot. Dah selesai mengundi singgah kedai beli nasi,makan kat umh then jam 10.45 pagi bertolak balik ke Puchong.
Jam 12.00 mlm baru sampai Puchong,amik kereta pergi Putrajaya then jam 1.00 pagi baru sampai rumah kat Meru. Gile letih,nasib baik Selangor cuti Isnin tuuu....boleh laa berehat.
Keputusannya :
BN - 133 kerusi Parlimen
PR - 89 kerusi Parlimen
* Bagi Parlimen Parlimen Pengkalan Chepa dan 3 Dun (Kijang,Panchor,Cempaka) PAS berjaya sapu bersih
No comments:
Post a Comment