Me,Myself and I
Tuesday, December 30, 2025
REZEKI 2025
Sunday, September 28, 2025
Pemangkuan ke Gred W6
Tanggal 2 September 2025, pemangkuan ke Jawatan W6 atau Penolong Juruaudit Kanan bermula setelah 11 tahun menyandang Jawatan Penolong Juruaudit W5. Lagi 2 tahun nak KUP pun, tapi dapat rezeki macam ni bersyukur kepada Allah SWT seadanya.
Sedar tak sedar dh genap berkhidmat di LKIM selama 20 tahun, ada balance lagi 15 tahun sebelum berpencen wajib. Masa mencemburui kita,rasa sangat cepat masa berlalu. Rumahtangga pun dah cecah 15 tahun perkahwinan walaupun ada pasang surutnya namun masih bertahan hendaknya.
Masih menunggu jawapan untuk naik ke Gred Professional W9 atau E9 dengan harapan tinggi walaupun dapat info gred W9 sudah ada nama calon. Agak mendukacitakan juga kerana aku amat berharap mendapat jawatan tersebut sekian lama, namun perancangan Allah SWT lagi hebat. Diharap ada peningkatan kerjaya yang lebih baik agar semangat dan motivasi untuk berkhidmat makin meningkat. Insya Allah.
Friday, May 2, 2025
Aidilfitri 2025
Minggu-minggu terakhir Syawal 1446H/2025 telah tiba, sambutan raya tahun ini meriah juga. Open house x buat tahun ni sebab lantai meletop tambahan pula bajet x berapa nak ada. Saban tahun usia meningkat, makin malas nk mengarang di blog. Masa sangat mencemburui kita semua, jadi kita kena manfaat dan hargai masa-masa yang masih ada bersama keluarga dan sahabat handai tercinta.
Sedikit kenangan untuk renungan masa hadapan bersama keluarga dan jiran-jiran yang ada.
Thursday, January 9, 2025
NEY YEAR 2025
Tahun 2025 umur dah pun meningkat ke 45 tahun. Anak pun baru 4 orang. Tahun 2024 dah berlalu hanya sempat mengarang sekali saja dalam setahun. Masa makin mencemburui aku. Makin lama makin cepat masa berlalu. Sedar x sedar dah kerja disini selama 20 tahun.
Menghitung hari nak berpencen, kira-kira dalam 15 tahun saja lagi. Tahun baru azam baru walaupun azam lama tidak tertunai sepenuhnya. Apa kan daya hanya itu kemampuan aku, yang penting keluarga aku bahagia dengan cara sendiri tanpa peduli hal orang lain.
Diharap tahun 2025 ini rajinlah sikit nak mengarang blog ni. Catatan hanya untuk renungan aku. Kenangan bersama keluarga dan anak2 serta sahabat handai.
![]() |
Wednesday, May 22, 2024
2024
Lama tidak bersiaran......tengok-tengok dah masuk bulan May 2024. Banyak kenangan yang tidak sempat dirakam sepanjang Jan - April 2024. Danyal pun dah mula masuk Darjah 1 di Sek Keb Binjai. Ilyas pula dah masuk setahun 7 bulan. Danish pula baru masuk Tingkatan 1 di SAMNI bertukar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Meru. Adam pun dah masuk Darjah 5 dan akan exam UPKK tahun ni. Anak-anak dah makin membesar. Ini sajalah coretan kali ini disertakan dengan gambar-gambar sepanjang Jan - May 2024.
Tuesday, August 15, 2023
Ogos 2023
Bulan Ogos adalah bulan kemerdekaan bagi Malaya.....begitu juga birthday aku. Sedar tak sedar dah masuk 13 tahun berumahtangga. Anak bongsu pun dah masuk 9 bulan. Lama tak mengarang, idea pun semakin menghilang. Macam ni lah kehidupan, masa mencemburui kita....semakin berusia semakin cepat masa berjalan, tengok-tengok dah nak sampai penghujung tahun 2023, umur pun naik meningkat lagi....semakin lama makin dekat kita dengan alam persaraan.
Bulan ini banyak pulak musibah melanda anak-anak.....si kecik demam, dijangkiti HFMD, almari dan vakum rosak dan perlu diganti baru. Semuanya memerlukan dana tambahan yang tak berapa nak ada ni. Terpaksalah bertahan selagi boleh. Rezeki Allah swt itu luas.
Friday, March 3, 2023
Family
Cepat masa berlalu....sedar-sedar dah masuk bulan Mac 2023. Umur dah semakin meningkat,sedar-sedar dah x lama nak pencen. Anak-anak pun semakin meningkat dewasa. Tahun depan dah nak masuk sekolah menengah. Hari ahad kena bertugas di Labuan pula selama seminggu...tempat yang paling aku tak nak pergi. Seronok tengok gelagat anak-anak membesar....namun apa yang merisaukan aku adalah prestasi pembelajaran anak-anak yang kelihatan kurang memberangsangkan. Di harap tahun ni ada peningkatan dari segi prestasi pembelajaran mereka.






































