Tuesday, May 28, 2019

Balik Kampung

Tomorrow is the last day working for this month before going back to Kelantan for celebrating Raya Idulfitri 1440H. Only took for 5-day annual leave for this year. Going back with a small car, I hope everything will be fine because the other car is got problem with headlamp wiring. Will be depart after Iftar tomorrow hopefully, everything will be fine and no traffic jam of course. This time feeling not too excited because everytime I went back to Kampung, my mom always 'membebel' dengan cucu-cucunya. I got 3 heroes of course it will be trouble anywhere I go....hahaha


Monday, May 27, 2019

23 Ramadhan 1440H


2019, tahun yang sangat mencabar bagi diri aku. Tahun ini jugalah macam-macam kejadian yang berlaku belum pun sampai tengah tahun. Kedudukan ekonomi yang masih belum stabil menyebabkan banyak perancangan aku terbantut. Awal bulan Mac submit loan kereta, niatnya senang nak buat side income bawak Grab, baru 3 hari buat tengok-tengok akaun kena suspended. Pundek punya Grab, alasannya adalah tapisan rekod saman/rekod mahkamah/Polis tidak lepas. Hurm,mengeluh Panjang aku mati kutu. Sekarang ni tengah dok fikir alternatif lain untuk cari kerja kedua.

Tanggal 4 May 2019 hari tu, Ined ada buat dinner dekat Hotel De Palma Shah Alam….layan je la memandangkan last dah kot jumpa lecturer-lecturer dan rakan-rakan seperjuangan.

Memandangkan study pun dah tamat,memang aku kena cari kerja kedua bagi menambah pendapatan agar hidup kami sekeluarga senang sedikit. Zaman sekarang ni kuasa beli sangat minima. Minggu depan dah nak Raya Idulfitri,nasib baik persiapan baju anak-anak semua dah beli kecuali baju Danyal masih belum…..poket pun dah kering habis dekat beli baju anak-anak dan Isteri,diri sendiri belakang cerita….macamni lah pengorbanan seorang ayah,jam tangan pun RM60 je beli…..masak. Sekarang ni tengah piker lepas raya nak makan apa….hahaha maklumlah poket dah kering kot.









Monday, April 15, 2019

KONVOKESYEN UiTM KE-90

Tanggal 25 Mac 2019 aku menghadiri Majlis Konvokesyen UiTM Ke-90 bersama isteri tersayang. Majlis aku pada sebelah petang jam 2.30 ptg. No. giliran adalah ke-110. Hanya sempat berjumpa dengan 2 orang rakan seperjuangan. Bila umur dah meningkat xde laa rasa excited sangat maklumlah anak-anak pun dah besar,anak sulong dah masuk darjah dua. Setelah bertungkus lumus spend masa untuk mencapai kejayaan akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian selama 3 tahun setengah. Rezeki tidak datang bergolek,usaha tetap kena ada. Jika ada rezeki dan dipanjang umur, aku teringin melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana pula Insya Allah.










Monday, March 11, 2019

Just No Luck

Hari ini dapat tahu result dalam SPA bagi post PTD yang menjadi idaman setiap penjawat awam. Mendukacitakan kerana tidak layak, rasa-rasanya sebab result SPM aku yang agak teruk. Hurm,dalam dilema betul kalau macam ni, umur dah lanjut takkan lah nak kena ambil SPM balik untuk betulkan result semata-mata untuk kemajuan kerjaya?? 

Masih menunggu jawapan, kena fikir dulu betul-betul. Kos pun tak tinggi mana nak ambil exam tu cumanya nak kena study balik dia punye silibus jer. Teruk betulx ingatkan dah ada degree dah ok, apa punya undang-undang rimba depa pakai ni.

Tengoklah keadaannya dulu,nanti fikir kemudian....service pun bukan lama sangat lagi pun,dalam 21 tahun jer nak pencen.

Tuesday, January 1, 2019

2019

This is the first entry for the year 2019. Diharap pada tahun baru kali ini semuanya bermula dan berakhir dengan baik. Maklumlah, target tahun 2018 masih banyak belum capai. Just let it go.....kita mula target baru pula tahun ni. Awal-awal tahun dah habis banyak duit untuk persediaan sekolah anak-anak. Yuran saja dah berapa K. TV pula rosak dek kerana anak sulong si Danish mengamuk tumbuk TV, pecah TVnya. Rabak lagi beli android TV Sony RM2.7K.....nasib baik boleh installment dengan kad kredit sero interest.....nak kena manfaat sepenuhnya benefit dari kad kredit ni,asal jangan overlimit sudah,disiplin kena tinggi.

Danish sudah masuk darjah 2, Adam pula dah 6 tahun, risau juga membaca pun belum lancar si Adam ni, main kuat sangat.

Diharap tahun 2019 ni ada sinar untuk kemajuan kerjaya aku.....maklumlah belajar pun dah habis. Nak kena kejar juga kemajuan kerjaya, sangat penting bagi aku demi masa depan keluarga.

Tu jelah untuk kali ini. Lain masa jumpa lagi.

Monday, November 12, 2018

ROAD TO HAT YAI

Tanggal 1 November 2018 bersamaan hari Khamis. Satu pelepasan konvoi Kelab Permotoran LKIM telah dirasmikan oleh YB Pengerusi LKIM dan KSU. Sebanyak 37 buah motorsikal telah dilepaskan dan bertolak ke Kuala Perlis bagi mengadakan program gotong royong bersama nelayan di sana. (Wayang). hahaha

Pada keesokan harinya, di pagi hari Jumaat, kami berlepas ke Hat Yai dan terus ke Hotel Rama, dan pada waktu malam kami ke Asean Night Market menaiki Tut Tut. Semasa perjalanan pergi, cuaca sangat baik sekali namun pada keesokan harinya, iaitu hari Sabtu, Hujan membasahi bumi Hat Yai dari pagi hingga ke petang menyebabkan para riders kebasahan. Singgah di Samila Beach, Floating Market, perjalanan terbantut disebabkan hujan sangat lebat.

Last day, Ahad bertolak balik dari Rama Hotel ke destinasi melalui pintu keluar Danok. Singgah makan daging bakar di Danok. (indah khabar dari rupa). Sepanjang perjalanan pulang, hujan lebat hingga ke Kuala Lumpur, sampai di destinasi jam 3.00 pagi. Keesokan harinya terus demam hingga ke hari ini.








Kesimpulan :

Indah khabar dari rupa,makanan biasa-biasa sahaja.

Sunday, September 16, 2018

WHEN SEPTEMBER END

Last mengarang dekat blog aku nih adalah bulan Mac. Memang makin berumur makin tiada masa untuk mengarang. Betullah Ustaz cakap, Allah tarik nikmat manusia dengan menjadikan masa mereka berasa singkat dengan hal-hal dunia. Sebenarnya banyak event besar yang terjadi pada tahun ini cumanya aku memang tak sempat untuk mencatatnya sebagai sejarah hidup aku.

Perkara Pertama sebelum aku lupa nak karang adalah berkenaan tamatnya pengajian aku di UiTM pada 16 Ogos 2018. Kiranya dah sebulan result semester akhir aku keluar. Alhamdulillah aku berjaya dapat result yang bagus jugaklah 3.35 cgpa. Konvo masih belum dapat tarikh, dalam gembira tamatkan pengajian, aku sedikit kecewa kerana tidak sempat untuk memohon jawatan kosong ofis aku yang keluar iklannya pada bulan Mac lepas. Mungkin rezeki aku Allah swt dah letakkan ditempat lain. Insya Allah.

Seterusnya aku nak park kat sini gambar rumah lama aku kat Kampung Tikat untuk dijadikan kenangan sebelum dirobohkan. Aku selit juga gambar kedai ICT di Kelantan, nama kedainya Acu Tera di Pantai Sabak. Tahun ni saja aku rasa dah habis round satu Malaysia keluar stesen dalam menjalankan tugas yang diamanhkan demi sesuap nasi.  Aku harap rezeki aku semakin luas dan dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah swt.




Miri Sarawak

Thesis Hard Cover
 




Pantai Sabak



Acu Tera ICT di Pantai Sabak