Sunday, September 28, 2025

Pemangkuan ke Gred W6

Tanggal 2 September 2025, pemangkuan ke Jawatan W6 atau Penolong Juruaudit Kanan bermula setelah 11 tahun menyandang Jawatan Penolong Juruaudit W5. Lagi 2 tahun nak KUP pun, tapi dapat rezeki macam ni bersyukur kepada Allah SWT seadanya. 

Sedar tak sedar dh genap berkhidmat di LKIM selama 20 tahun, ada balance lagi 15 tahun sebelum berpencen wajib. Masa mencemburui kita,rasa sangat cepat masa berlalu. Rumahtangga pun dah cecah 15 tahun perkahwinan walaupun ada pasang surutnya namun masih bertahan hendaknya.

Masih menunggu jawapan untuk naik ke Gred Professional W9 atau E9 dengan harapan tinggi walaupun dapat info gred W9 sudah ada nama calon. Agak mendukacitakan juga kerana aku amat berharap mendapat jawatan tersebut sekian lama, namun perancangan Allah SWT lagi hebat. Diharap ada peningkatan kerjaya yang lebih baik agar semangat dan motivasi untuk berkhidmat makin meningkat. Insya Allah.




Friday, May 2, 2025

Aidilfitri 2025

Minggu-minggu terakhir Syawal 1446H/2025 telah tiba, sambutan raya tahun ini meriah juga. Open house x buat tahun ni sebab lantai meletop tambahan pula bajet x berapa nak ada. Saban tahun usia meningkat, makin malas nk mengarang di blog. Masa sangat mencemburui kita semua, jadi kita kena manfaat dan hargai masa-masa yang masih ada bersama keluarga dan sahabat handai tercinta.

Sedikit kenangan untuk renungan masa hadapan bersama keluarga dan jiran-jiran yang ada.











Thursday, January 9, 2025

NEY YEAR 2025

Tahun 2025 umur dah pun meningkat ke 45 tahun. Anak pun baru 4 orang. Tahun 2024 dah berlalu hanya sempat mengarang sekali saja dalam setahun. Masa makin mencemburui aku. Makin lama makin cepat masa berlalu. Sedar x sedar dah kerja disini selama 20 tahun.

Menghitung hari nak berpencen, kira-kira dalam 15 tahun saja lagi. Tahun baru azam baru walaupun azam lama tidak tertunai sepenuhnya. Apa kan daya hanya itu kemampuan aku, yang penting keluarga aku bahagia dengan cara sendiri tanpa peduli hal orang lain.

Diharap tahun 2025 ini rajinlah sikit nak mengarang blog ni. Catatan hanya untuk renungan aku. Kenangan bersama keluarga dan anak2 serta sahabat handai.