Alhamdulillah syukur kehadrat Allah swt kerana limpah rahmatnya kepada kami sekeluarga.....rezeki datang mencurah-curah pada tahun 2025 ini. Pada 2 September 2025 dapat rezeki naik ke Gred W6.......dua bulan kemudian dapat pula tawaran naik ke jawatan lebih tinggi yang memang telah lama tunggu akhirnya dapat juga merasa pegang jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E9.
Allah swt telah makbulkan doa-doa ku dan aku akan bekerja keras di atas amanah yang diberikan ini. Hari ni last day 2025 baru ada masa untuk mengarang, baru ada peluang untuk baca mana-mana yang patut memandangkan aku memegang jawatan baru sekarang,banyak sangat yang masih kena belajar. Lapor diri di LKIM Kedah pada 3 November 2025 sebagai Urusetia Infrastruktur dan KQK then 11 hari kemudian kena tukar pula ke Bahagaian PMPN, terus speed kena kerja keras memang lari terus skop keje jawatan lama dengan jawatan baru ni.
Sangat banyak benda baru kena belajar......dan masih lagi dalam proses belajar untuk melaksanakan tugas dengan cemerlang.
