Monday, July 25, 2022
RIDE SANTAI CAMERON HIGHLAND
Tuesday, June 28, 2022
Motor baru
Setelah sekian lama berjasa....akhirnya terpaksa dilepaskan jua wahai motor LC135 yang disayangi. Tanggal 8 Jun 2022, rezeki mendapat motor baru di Taman Sentosa Klang, kedai Motor Kok Cheng. Yamaha Y16ZR Doxou Limited Edition.....fuhh. Motor LC telah berjaya dijual kepada Mat Terap (Askar) sebanyak RM4,000.00. Memang berbaloi dengan harga yang dibeli dengan harga RM6,300.00 pada tahun 12/2012 dan telah pakai selama 10 tahun.
Lama juga menabung untuk beli motor baru ni, 3,4 tahun juga. Beli motor Y16ZR ni dengan harga RM12,800 + Road Tax + Insurans, lump sump dalam RM13,200.00. Namun motor ni tahun 2021,mileage baru 31 KM. Owner lama beli buat simpan nombor....no siri motor pula adalah 272.
Secara keseluruhannya,memang puas hati pakai motor Y senam ni.
Thursday, May 12, 2022
Idulfitri 2022
Idulfitri bagi tahun 2022 datang mengejut pada 3/5/2022 tanpa dijangka. Semua orang kelam kabut untuk membeli barang masakan kerana tidak disangka esok adalah Hari Raya. Balik kampung awal pada tahun ini kerana tidak dapat beraya pada tahun 2020 dan 2021 akibat dari pandemik Covid-19. Jadinya tahun 2022 ni, semuanya kelam kabut balik beraya di kampung dan mengakibatkan jalan sesak luar biasa.
Masuk raya ke 3, aku gerak dari Pengkalan Chepa ke Kuala Kangsar jam 10.50 am ...... jalan jem teruk, 14 jam baru sampai ke Kuala Kangsar.....jam 1.10 pagi aku sampai. Badan flat terok...penat drive selama 14 jam dalam keadaan jem dan jalan grik yang gelap gelita. Alhamdulillah semuanya selamat....nasib baik x terserempak dengan gajah liar.
Monday, February 14, 2022
Protokol
Baru nak mula buat kerja dah macam-macam karenah yang kena hadap dengan perangai manusia ni. Nak jumpa TP(W) untuk buat entrance conference pun dah macam nak jumpa menteri. Dia punye protokol sampah gile betul, konon nak kena call dulu bagai. Mak ai berlagak betul, macamnilah kalau pompuan yang jadi bos. Sampah semuanya...boleh bikin stress.
Hujung tahun lepas 2021....ada pergi trip snorkling ngan member-member ofis. Menyelam sambil minum air katanya. Belum sempat nak upload gambar dalam ni.