Tuesday, July 25, 2017

Baby Bos

Hari ini Danyal genap umur 6 bulan....dah boleh makan nasi & lain2 makanan lembut. Danyal ni macam abang-abang dia juga, tak meragam. Baik jer, cuma sekarang dah pandai menjerit/membebel bila ditinggalkan sorang-sorang. Maklumlah dah makin besar,makin panjang akalnya. Walaupun dah cukup 6 bulan, tapi belum bagi makan nasi lagi ni. mummynya malas nak masak. Maybe kelapangan nanti bolehlah pergi beli barang-barang makan dia nanti. 



Tahun depan Danish pulak dah masuk darjah satu....tengah nak cari tempat transit dia lah ni. Pagi sekolah kebangsaan petang belajar KAFA. Harap-harap jadi anak yang soleh.Aminn






Wednesday, July 5, 2017

IDULFITRI 2017


Tahun 2017 ni kami sekeluarga tak sempat untuk tempah baju raya. Anak-anak pun tak buat baju melayu, aku pula dapat baju melayu free tahun lepas sempena program Maal Hijrah peringkat kebangsaan, so recycle je la baju tu. Wife aku pula boleh plak beli baju yg dah siap berharga RM50.....hahaha. Then masa balik kelantan hari tu sempatlaa singgah di Wakaf Che Yeh, dia beli jubah batik pun harga RM50. Hebat betul wife aku ni, sempoi dia je beli baju murah-murah buat raya. 

Hurm....raya tahun ni kemeriahannya kurang sedikit, bukan apa....yang ada hanya aku jer....yang lain semua beraya rumah suami, dua orang kakak aku tak balik beraya.....hurm.Mungkin depa tak tahan bebelan mak agaknya.....mana tak nya, kalau dok rumah mak, semua kena tegur, itu salah ini salah.....serba tak kena jadinya. Aku balik pun, hari-hari aku keluar beli nasi untuk berbuka...bukan apa takut nanti mak bising cakap penat masak untuk aku. Tahun depan pun dengar-dengar takde yang nak balik beraya kat kampung. 

Nampaknya aku je la yg ada, tu pun aku cadang nak balik dekat-dekat dengan raya jugak, takdelaa nak balik awal sangat macam biasa. Yelah, kesian juga dekat wife aku, kena tahan telinga dengar mak bebel....aku sendiri pun tak tahan, adik beradik lain pun semua dah angkat kaki. Hurm, serba tak kena jadinya bila duduk rumah mak ni, buat ni salah, buat tu salah. Anak-anak aku plak semuanya hero 3 orang....maklum je la budak-budak laki main macam mana. Kalau tak riuh tak meriah laa pulak, bila riuh kena bebel plak. Hurm, kadang-kadang terasa macam duduk rumah orang asing bila balik rumah mak ni. Tak boleh redah sebarangan, nanti kena tegur. Kadang-kadang sedih pun ada bila memikirkan perkara ni.

RAMADHAN 1438H

Seminggu sebelum berakhirnya bulan Ramadhan 1438H, kami sekeluarga telah pulang cuti raya ke Kelantan. Sempatlaa keluar makan angin ke Pantai Irama Bachok.....sebenarnya tujuan utama ke sana adalah nak cari buah 'setor' jeruk dan juga kek viral RM10 apa ntah nama kedainya....bini aku la tu. Tapi nampaknya rezeki aku xde, bini aku je dapat beli keknya, aku melepas sebab kedai jual buah tu satu pun x buka....huhuhu.

seronok main pantai sampai tak nak naik
Selepas selesai bermain air di Pantai Irama, Bachok....kami bergegas ke Bazar Ramadhan di Stadium Sultan Muhammad ke vi untuk membeli juadah berbuka puasa. Tapi memandangkan masa sangat suntuk dan kebanyakan kuih muih juga telah habis.....sempat beli ayam Yati Percik tu je....tapi balik-balik makan ayam tu tak best plak. 

Last-last singgah di bazar Ramadhan di Pengkalan Chepa berhampiran pasaraya Pantai Timur....sempat laa beli nasi beriani ayam goreng berempah....nasib baik rasanya tidak menghampakan.