Wednesday, December 20, 2017

HUJUNG TAHUN 2017

Sedar tak sedar hari ni dah masuk 21 Disember 2017. Tinggal beberapa hari lagi nak melangkah ke tahun 2018. Danish dah masuk darjah 1 tahun depan. Adam & Danyal pula masih sekolah di taska lama. Minggu lepas sambut birthday Adam yang ke 4 tahun di rumah atoknya di Puchong Prima. Bulan 1/2018 nanti birthday Danyal plak. Dah nak masuk setahun umur anak papa ni,sekejap betul masa berlalu. Sedar tak sedar dah hujung tahun, umur pun semakin meningkat. Target aku bila dah masuk umur 40 tahun, nak merasa pakai Merc C200 @ BMW 320i. Beli second pun jadi laaa. Dah keje berbelas tahun, nak juga reward kat diri sendiri sekali sekala. 

Adam Birthday Celebration - 4 years old


Danyal 11 month

Sunday, November 26, 2017

NOVEMBER END



Sedar tak sedar dah sampai ke penghujung tahun 2017. Danish dah nak masuk ke sekolah rendah kebangsaan tahun 2018 ni. Anak-anak dah semakin membesar, Adam pula dah masuk 5 tahun 2018 ni. Hurm, aku macam biasa sibuk dengan kerja-kerja hakiki yang diamanahkan oleh pengurusan atasan. 

Namun, tanggungjawab yang telah aku laksanakan dengan cemerlang dan bersungguh-sungguh nampaknya tidak mendapat penghargaan sewajarnya oleh pihak pengurusan dan pegawai atasan. Pemarkahan SKT 2017 diberi tidak mengikut prestasi kerja sebenar, namun dikira dari segi emosi lahanat pegawai atasan itu sendiri. Itulah realiti sebagai seorang penjawat awam, penuh dengan politik, emosi, strategi kroni dan macam-macam permainan kotor mereka. Aku rasa itu sajalah coretan aku pada hari ini. Sambung lagi di lain masa.

Wednesday, October 4, 2017

MABUL ISLAND


Day 1

On 22 to 24 September 2017..... I went to Sabah to fulfill my SKT 2017. Coincidence there is a public holiday on 22 Sept that is Maal Hijrah 1439H. I take an advantage to go to Mabul Island on that date. I depart from Kota Kinabalu on 22 Sept to Tawau with Mas Wing then from Tawau Airport I take a Taxi Airport that cost RM95.00 to Semporna. Arrived at 12.00 pm at Semporna, the travel takes 1 hour from Tawau to Semporna. Then, I went to Uncle Chang office to make a payment that I book earlier. After that, I have to wait for the boat to Mabul Island. From Semporna Jetty (Dragon Inn) I ride with Uncle Chang boat about 1 hour before arrived at Mabul Island. At 4.00 pm I arrived at Mabul Island. At day 1 I only walk in through the Island, there is no activity for that day. 


Day 2

Wake up early in the morning at 6.30 am to breakfast that provides by Uncle Chang resort which is including a package that I pay RM400 for 3 days 2 night. For 1 day they provide 3 times eat. At 8.30 am we went around Mabul Island to snorkeling activity for 2 times. Then at 10.00 am we back to the resort for lunch. Then at 2.30 pm we going to Kapalai Island. One of the beautiful island around Semporna. There is a lot of turtles I found there. The fish and coral are so beautiful, I can't explain how beautiful there are, you have to see it by your own. I feel regret because do not have a go pro because I can't take a video or picture during the snorkeling activity. However, it is a marvelous experience I got during the trip to Mabul Island. I hope I will go to Mabul Island next time in the future.


Day 3

Ready to go back to Semporna......there is no activity for that day, just waiting for the boat and we arrived at Semporna at 11.30 pm then check in at Dragon Inn for one night.

Wednesday, August 9, 2017

OFFICE POLITICS

Office politics exist when some kind of people try to achieve something, based on Maslow's hierarchy of needs. I choose the top of need based on Maslow's hierarchy which is 'self-actualization' that based on self-fulfillment needs. Normally, the practitioners of office politics have their own agenda like want to get an earlier promotion or to eliminate their competitors in order to achieve their mission. 

In my organization, there are so many kinds of these people.....they always use another people either with force or begging another people to help them. They always start with rumors, make an allies, spying, eliminate enemies and the most is back stabbing. In my office, there are two people which are hardcore in practice the office politics, their target is promotion.....they start with a fight with the small thing then they can't control their emotions and drag other people into their conflict. This two person actually is a top management in my department, their conflict has continued within more than 10 years ++. It is very sick to face off this type of people, the latest conflict between them is one of them has to transfer to another department, one of them feel victory because their enemy has already been eliminated. 

The one left comes out with his new strategy with his allies try to make one steps ahead to choose their people to give promotion if there is a new vacancy in my department. These sick people also control their subordinates by blackmailing them if they choose to protest or against them in whatever issues come out. There is no choice for us to run away from this problems, we have to confront them for another 7 years ++ before she pension, then we will be free and can do our jobs with peaceful. 

For now, I have to calm down and follow their rhythm or play safe. I have to finish my study first by Jun 2018 then I will make my strategy too in order to have a promotion for better future of my beloved family. One thing to remember is whatever we do 'rezeki adalah kurniaan Allah swt'.


Tuesday, August 8, 2017

DEMAM

Semalam, tanggal 7 Ogos 2017....buat pertama kalinya si kecik Danyal demam....suhu mencecah 38.6 agak panas bagi bayi berusia 6 bulan. 

Bawa ke klinik, lepas diberi ubat terus tidur. Lama juga tidurnya.....bangun-bangun meragam pulak si kecik ni....tak boleh tinggal sekejap, menangis terus....ada depan dia ok pulak. 

Hari ni, mummy dia pulak amik EL, terpaksa bergilir-gilirlah. Nak cuti panjang-panjang karang abis plak cutinya.

Kebetulan hari ni ada Program Ikrar Bebas Rasuah dekat dewan besar LKIM. Separuh hari juga programnya. Ok lah, hari pun mendung nak hujan agaknya....cow dulu.

Tuesday, July 25, 2017

Baby Bos

Hari ini Danyal genap umur 6 bulan....dah boleh makan nasi & lain2 makanan lembut. Danyal ni macam abang-abang dia juga, tak meragam. Baik jer, cuma sekarang dah pandai menjerit/membebel bila ditinggalkan sorang-sorang. Maklumlah dah makin besar,makin panjang akalnya. Walaupun dah cukup 6 bulan, tapi belum bagi makan nasi lagi ni. mummynya malas nak masak. Maybe kelapangan nanti bolehlah pergi beli barang-barang makan dia nanti. 



Tahun depan Danish pulak dah masuk darjah satu....tengah nak cari tempat transit dia lah ni. Pagi sekolah kebangsaan petang belajar KAFA. Harap-harap jadi anak yang soleh.Aminn






Wednesday, July 5, 2017

IDULFITRI 2017


Tahun 2017 ni kami sekeluarga tak sempat untuk tempah baju raya. Anak-anak pun tak buat baju melayu, aku pula dapat baju melayu free tahun lepas sempena program Maal Hijrah peringkat kebangsaan, so recycle je la baju tu. Wife aku pula boleh plak beli baju yg dah siap berharga RM50.....hahaha. Then masa balik kelantan hari tu sempatlaa singgah di Wakaf Che Yeh, dia beli jubah batik pun harga RM50. Hebat betul wife aku ni, sempoi dia je beli baju murah-murah buat raya. 

Hurm....raya tahun ni kemeriahannya kurang sedikit, bukan apa....yang ada hanya aku jer....yang lain semua beraya rumah suami, dua orang kakak aku tak balik beraya.....hurm.Mungkin depa tak tahan bebelan mak agaknya.....mana tak nya, kalau dok rumah mak, semua kena tegur, itu salah ini salah.....serba tak kena jadinya. Aku balik pun, hari-hari aku keluar beli nasi untuk berbuka...bukan apa takut nanti mak bising cakap penat masak untuk aku. Tahun depan pun dengar-dengar takde yang nak balik beraya kat kampung. 

Nampaknya aku je la yg ada, tu pun aku cadang nak balik dekat-dekat dengan raya jugak, takdelaa nak balik awal sangat macam biasa. Yelah, kesian juga dekat wife aku, kena tahan telinga dengar mak bebel....aku sendiri pun tak tahan, adik beradik lain pun semua dah angkat kaki. Hurm, serba tak kena jadinya bila duduk rumah mak ni, buat ni salah, buat tu salah. Anak-anak aku plak semuanya hero 3 orang....maklum je la budak-budak laki main macam mana. Kalau tak riuh tak meriah laa pulak, bila riuh kena bebel plak. Hurm, kadang-kadang terasa macam duduk rumah orang asing bila balik rumah mak ni. Tak boleh redah sebarangan, nanti kena tegur. Kadang-kadang sedih pun ada bila memikirkan perkara ni.

RAMADHAN 1438H

Seminggu sebelum berakhirnya bulan Ramadhan 1438H, kami sekeluarga telah pulang cuti raya ke Kelantan. Sempatlaa keluar makan angin ke Pantai Irama Bachok.....sebenarnya tujuan utama ke sana adalah nak cari buah 'setor' jeruk dan juga kek viral RM10 apa ntah nama kedainya....bini aku la tu. Tapi nampaknya rezeki aku xde, bini aku je dapat beli keknya, aku melepas sebab kedai jual buah tu satu pun x buka....huhuhu.

seronok main pantai sampai tak nak naik
Selepas selesai bermain air di Pantai Irama, Bachok....kami bergegas ke Bazar Ramadhan di Stadium Sultan Muhammad ke vi untuk membeli juadah berbuka puasa. Tapi memandangkan masa sangat suntuk dan kebanyakan kuih muih juga telah habis.....sempat beli ayam Yati Percik tu je....tapi balik-balik makan ayam tu tak best plak. 

Last-last singgah di bazar Ramadhan di Pengkalan Chepa berhampiran pasaraya Pantai Timur....sempat laa beli nasi beriani ayam goreng berempah....nasib baik rasanya tidak menghampakan.



Monday, May 8, 2017

RM 300 TERBANG

Huh.Tarik nafas panjang-panjang. Akibat dari kecelakaan excident tempoh hari (2/4/2017) aku disaman oleh PDRM sebanyak RM300. Disebabkan oleh kompaun yang diberi ada had masa bayarannya, jika tidak terpaksa naik mahkamah majistreet Klang. Tutup mata bayar jer la. Lari bajet aku bulan ni, nasib baik bini aku topup RM150.....kalau tak masak juga. Tu pun sempat shopping online dengan Shopee. Dapatlaa beli baju, kasut dan wallet (belum dipos oleh seller). Kasut NMD Red Lust ni puas hati juga walaupun bukan ori. Nak beli ori mahal sangat, belasah je la copy ori pun jadi. Nasib baik kualiti ok, not bad.

Tuesday, May 2, 2017

LEMAU

Sejak seminggu dua ni, badan rasa penat, lemau dan malas. Mood hilang entah ke mana. Nak buat satu keje pun nak kena ada mood dulu. Apa nak jadi ni,assignment belambak lagi. Terpaksa hadap jugalah, tak lama dh pun.....berbaki 5 subjek je lagi, Insya Allah bulan Jun 2018 dh boleh grad jika semuanya berjalan lancar seperti dirancang dengan izinNya. 

Kebosanan melanda dengan situasi di pejabat sekarang, bukan apa....ada yang sibuk melobi untuk naik pangkat, politaik pejabat dengan masing-masing buat strategi untuk menjatuhkan musuh masing-masing......yang tak berkenaan pun tersepit dengan kerja-kerja kotor mereka. Betullah orang selalu cakap, kalau dah gila harta,pangkat, semuanya sanggup buat asal impian mereka tercapai.  Biarkanlah mereka dengan cara mereka,aku dengan cara aku tersendiri, kalau dah tentuan Allah swt memang tak kemana rezeki tu, yang penting kita berusaha sendiri tanpa menyusahkan atau menindas orang lain. Haishhhh apa nak jadi dunia sekarang. 

Target aku lepas habiskan degree ni, aku nak sambung belajar ambil ACCA pula, kalaulah ada rezeki dengan izinNya. Tiba-tiba bila dah makin meningkat ni aku bersemangat pula untuk belajar, masa muda-muda dulu kuat sangat main sampai pelajaran terabai, dah tua terpaksalah sambung balik. Apa pun persediaan untuk masa depan perlulah diusahakan, harap-harap lepas pencen dapatlah buat kerja sendiri.

Wednesday, April 12, 2017

FAMILY DAY

Balik dari outstation di Tawau pada 3-6/4/2017. Selepas solat jumaat pada 7/4/2017 kami sekeluarga bertolak ke Gambang Waterpark di Pahang bagi menghadiri family day yang dibuat oleh LKIM Negeri Selangor. Sudah agak lama kami sekeluarga tidak meluangkan masa untuk bercuti bersama. 

Walaupun baru lepas excident ahad yang lalu (2/4/2017) aku gagahkan diri juga walaupun luka-luka masih belum kering. Bagi peluang kat anak-anak mandi kolam. Maklumlah si Adam & Danish ni suka sangat mandi kolam. 


Sabtu malam selepas habis dinner, jam 11.30 pm kami sekeluarga bergegas balik, anak-anak semuanya tidur, isteri aku pun lebur juga. Drive sorang-sorang dalam keadaan hujan renyai-renyai amat mencabar minda. Ngantuk beb. Jam 2.30 am tiba dirumah, tepat 3 jam perjalanan akhirnya selamat sampai. Alhamdulillah.......balik-balik terus buka laptop untuk siapkan assignment group untuk presentation jam 10.45 am. Tidur 2 jam jer, lepastu bangun terus bergegas ke kelas. Sampai dikelas group kami yang mula-mula buat presentation. Group kami 4 orang, nasib baik brother Ibrahim power menjawab segala soalan dalam sesi Q&A. Alhamdulillah semuanya selesai.

Sunday, April 9, 2017

MALAPETAKA

Tanggal 1 Februari 2017 jam 7.30 pm Adam terjatuh dalam bilik air selepas membuang air kecil dan kepalanya terhantuk di bucu tandas dan menyebabkan berdarah di kepala bahagian belakang. Darah keluar tidak berhenti-henti dan aku sekeluarga bergegas bawa Adam ke klinik Fitrah. Kepala Adam terpaksa dijahit sebanyak 3 jahitan. Meraung dia kesakitan,lepas jahit terus pulih seperti biasa dan bermain seperti biasa, lasak betul anak papa sorang ni. Ini adalah kali kedua si Adam ni berdarah di kepala, 1st time kena dibahagian dahi, tapi x kena jahitan, doktor gam jer.


Malapetaka tidak berhenti di situ, tanggal 2 Februari jam 6.40 am aku keluar untuk ke pasa besar Klang untuk membeli lauk pauk untuk ditinggalkan kepada isteriku memandangkan aku nak ke Tawau selama seminggu. Sampai di simpang jalan paip, jalan sibuk disebabkan oleh ada upacara kaum cina melawat kubur mereka, jalan paip menjadi sibuk, kereta banyak. Sampai disimpang aku nak keluar, kereta BMW sapu aku dari belakang dan aku terjatuh dari motosikal dan tergolek di atas jalan. Nasib baik tiada kereta sapu aku lagi sekali dari belakang. Umur masih panjang, Allah swt masih memberi aku peluang untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga. Begitulah ceritanya minggu ini. Masa sungguh padat dengan kesibukan dunia.



Wednesday, March 29, 2017

DANYAL SEBULAN

Sedar tak sedar dah penghujung bulan Mac 2017. Danyal dah masuk 2 bulan. Yang dalam gambar ni umur dia sebulan. Bawak dia g klinik untuk cucuk. Sekejap masa berlalu, umur pun semakin meningkat, dah nak masuk kepala 4 dah ni. Masih ada misi yang belum selesai. Ada lagi berbaki 3 semester untuk habiskan Degree aku di UiTM. 

Harap-harap semuanya ok, pointer above 3 targetnya. Kalau ade rezeki dari Allah swt memang x kemana. Apa pun usaha tangga kejayaan. Nasiblaa baby Danyal ni x meragam macam abang2 dia juga. Semuanya ok.

Wednesday, February 15, 2017

DANYAL BIN ASWADI

2017 - Tanggal 23 Januari 2017 jam 3.30 pagi isteriku selamat melahirkan puteraku yang ketiga yang diberi nama Danyal. Tiga orang hero dh, Alhamdulillah baby sihat walaupun ada G6PD. Nak tak nak kena ikot prosedur biasa juga,kena tahan wad selama seminggu.Masa x mengizinkan.Cow dulu